Bring More Happiness

eNuur Daily Routine

Beginilah rutin kami pada setiap pagi.. Pagi dimulakan dengan sisipan "roger" dalam Whatsapp group yang membawa erti bangun malam. Disusuli dengan tadarus wa tilawah al Quran bersama-sama mengikut giliran person-on-duty(POD) setiap hari bekerja serta bacaan doa penguat jiwa dan ukhuwah.
Kemudian, tazkirah ringkas oleh POD diikuti tazkirah berantai team enuur. Bacaan asmaul husna,visualization dan affirmation beramai-ramai.. Dhuha dan sarapan sebelum memulakan kerja..
Disinilah kami membina tali ukhuwah dan cinta Sahabat eNuur.❤️ Bersama saling menguatkan antara satu sama lain..
Semoga kita semua keluarga Sahabat eNuur dapat memberi manfaat kepada yang lain jua melalui kalam suciNya..al Quranul Kareem..aaaminn.🤲☺️

🌸 Rutin pagi eNuur🌸

Kenapa hidup ini perlu dirancang walaupun kita tahu Allah sudah menulis corak hidup kita di Lauh Mahfuz dulu? Kerna Allah SWT ingin membiarkan kita juga berimpian dan merancang. Dia tidak akan mengubah keadaan/takdir hamba-hambaNya melainkan hamba-hambaNya sendiri mengubahnya.
Semoga kita semua sentiasa menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari..in syaa Allah, aaaminn..🤲☺️

Visualization Sahabat eNuur

Sambutan Hari Jadi Staf HQ eNuur 2019

Sambutan hari lahir yang mana akan diadakan setiap bulan kelahiran staf eNuur. Team HQ eNuur sekarang sudah ada seramai 20 orang.Sangat meriah tau..:)

Hiking eNuur

Team eNuur menghabiskan masa hujung minggu bersama dengan pelbagai aktiviti outdoor yang menarik..

Annual Planning Workshop

Pada setiap hujung tahun, team eNuur akan menghadiri annual planning workshop untuk membuat perancangan tahunan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kehadiran CoViD-19 dalam hidup kita bukan bermakna Allah menzalimi.. tapi suatu bukti bahawa Allah sangat menyayangi.. buat hamba-hambaNya yang beriman dan bersabar.. Semoga lebaran Aidilfitri 1441H kali ini memberi makna yang indah buat semua umat Islam di seluruh negara.

MAJLIS PERKAHWINAN STAF HQ ENUUR

Perkahwinan Najwa & Hakim (Team Sale HQ eNuur)
Perkahwinan Najwa & Hakim (Team Sale HQ eNuur)
Perkahwinan Najwa & Hakim (Team Sale HQ eNuur)
Perkahwinan Najwa & Hakim (Team Sale HQ eNuur)
Perkahwinan Azam & isteri (Team Sale eNuur)
Perkahwinan Azam & isteri (Team Sale eNuur)
Previous
Next

PEMBUKAAN AKAUN BANK ENUUR STAFF

🌸 3 Jun 2020🌸 Alhamdulillah🤲🏻😍 Staf HQ Sahabat eNuur berpeluang untuk membuka akaun baru bank CIMB di pejabat Sahabat eNuur☺️ Terima kasih kepada pihak CIMB kerana sudi datang ke pajabat kami dan memudahkan urusan pembukaan akaun CIMB staf eNuur. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian,aaminn😊🤲

SESI TEMUDUGA STAF BARU

🌸 9 Jun 2020🌸 Alhamdulillah🤲🏻😍 Sesi temuduga berlansung dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga Sahabat eNuur dapat membantu lebih ramai sahabat-sahabat di luar sana.☺️🤲🏻aaminn.. Terima kasih buat yang menghantar resume sebelum ni dan kepada sahabat-sahabat yang datang temuduga😃

Special event eNuur staff

Alhamdulillah 4 Julai 2020, selesai sudah majlis yang dinanti-nantikan selama ini yang meraih kegembiraan salah seorang staf Sahabat eNuur.
Majlis ini diadakan di Kota Bharu, Kelantan dan mengikut SOP seperti yang telah ditetapkan. Simple tapi cukup bermakna 🥰
Menumpang rasa gembira apabila melihat sahabat sendiri bahagia. Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT 😍 🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
Aaaminn ya Mujib🌸

Meeting Leaders Team Sale

Perbincangan mengenai perancangan dan penambahbaikan dalam salah satu team terpenting di Syarikat eNuur Sdn Bhd iaitu Team Sale. Juga mengenai persediaan poin dan laporan untuk perbentangan dalam Mid-Year Review eNuur yang akan diadakan pada 10 Julai 2020 nanti. Tidak dilupakan, tahniah Team Sale Ayu atas perlantikan sebagai leader baru kepada team sale baru HQ eNuur. Semoga keempat-empat leaders Team Sale mampu menggalas amanah ini dengan sebaiknya dan dimudahkan segala urusan. 🤲 Aaaminn ya Mujib🌸

Weekly Review Team Sale

Weekly Review Team Sale 6 Julai 2020 seperti biasa membincangkan RM jualan dan masalah setiap team serta solusi-solusi. Disusuli dengan perkongsian tips berguna daripada Team Sale baru yang berjaya mencapai jualan tinggi dalam masa 1 minggu. Alhamdulillah & Tahniah.
Moga terus kekal momentum padu sahabat-sahabat team sale kita..

🤲 Aaaminn ya Mujib🌸

Mid-Year Review eNuur

Pelbagai masalah dan isu sudah dibincangkan.
Pelbagai solusi dan cadangan penambahbaikan sudah diutarakan.
Dengan harapan objektif sebenar eNuur dapat dicapai iaitu Bantu Orang Lain jadi lebih baik dan dekati Allah dengan memahami kalamullah
Tujuan ini tidak mampu dilaksanakan tanpa kerjasama dan komitmen semua eNuur Family dan sahabat-sahabat di luar sana😊☺️

Semoga perancangan kita semua selari dengan perancangan Allah.
Aaaminn ya Mujib🌸

Sharing Session

Ini PERTAMA KALInya HQ mengadakan satu sesi PERKONGSIAN BERILMIAH bersama orang-orang HEBAT BERBISNES yang berada di Negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.
Banyak ilmu telah dikongsikan daripada Direktor Syarikat Sepakat Niaga (M) Sdn Bhd yang sedikit sebanyak telah membuka minda kami dan menjadikan kami staf HQ lebih bersemangat bekerja di Sahabat eNuur. Alhamdulillah Terima kasih Encik Aiman.
Seusai sudah sesi ini, Ladyboss, Manager dan Marketer eNuur bergerak ke Web Impian untuk belajar dan membincangkan tentang setting official Website eNuur iaitu sahabatenuur.com . Kami ingin melangkah lebih jauh lagiMembantu lebih ramai lagi sahabat di luar sana. Doakan kami.
Terima kasih pada semua sahabat yang membantu Sahabat eNuur untuk terus maju ke hadapan. Moga ini salah satu wasilah kita semua untuk mendapat redha Allah di akhirat nanti. Aaminn ya Mujib.

Salam Aidil Adha 1441H

Aidiladha merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam mentaati perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s
Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN
“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilahkamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)”.
(Surah Al-Hajj Ayat 34)

Sambutan Hari Raya Aidiladha & Qurban eNuur

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Takbir raya bergema mengingatkan kembali besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam hidupnya. .
Tahun ni sambutan raya BERBEZA. Uniknya bersederhana. Norma baharu yang kita semua harus ikuti demi kesejahteraan semua. Apa yang paling penting, kita meraikan semua yang setia bersama dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi .
Aidiladha 1441 Hijrah menjadi KENANGAN TERINDAH buat staf HQ, dropships dan agent eNuur apabila HQ memberikan sponsor bahagian lembu korban tahun ini .
Terima kasih banyak ladyboss dan semua! Moga Sahabat eNuur akan terus menerus mengorak langkah maju serta BERJAYA DUNIA & AKHIRAT! . Aaaaminn ya Mujib 🤲🤲🤲

Bring More Happiness

Meriahnya keluarga eNuur 🙂 retreat simple tapi bermakna..ukhuwah terjalin bersama..hingga ke syurga aaminn..​

×

Cart